Tutorial : Disable Right Click.





Assalammualaikum semua !
.
Sha di sini sebab nak ajar korunk buat "Disable Right Click" . 
Maksud nyer tuh , bila korang tekan Right Click , tak kan boleh punyer..
Mana tahu kan , kotx2 ler , ada "COPY CAT" kt sini ke enn . haha
oke oke . sini , Sha Ajar yer.. ! :)
1. Dashboard >Design>Add a Page element >html/javascript
2. Copy code kat bawah nie :
<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="Masukkan Mesej Anda Disini";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script> 
*Yang Sha Color kan dengan warna merah tuh , korang tukar dengan ayat korang sendiri okey.. ? :)
 

Tutorial : Favicon




Assalammualaikum 
Sha nak buat tutorial favicon pulak
apa yng dinamakan dengan favicon 


ini yng dinamakan FAVICON





 
Nak thu ker, cm ner nak buadnyer.
Ikut langkah di bawah :)
1. Dashboard=>Design=>Edit HTML=>Tick expand widget template .

2. tekan CTRL+F , search code dekat bawah ni ok :)
  
</head>
3. dah jumpa dah ? ok good . then copy code kat bawah ni .
<link href='URL gambar' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

<link href='URL gambar' rel='icon' type='image/x-icon'/>
paste kan dekat atas code </head> tu ok :)

4. lepas tu preview , kalau jadi save jela terus :)

*Letak URL gambar dekat Warna Merah ! :)

Tak tahu nak caru URL gambar mcm mana ?

Cara Nak Ambil Image URL dekat Google

Contoh :

1. Korunk Click Pic Yang korunk nak k ??


2. Tekan Right Click kat gambar tuh!
3. And then , ambik view image :)

 

4. Copy URL kat Anak Panah tuh !



5. Then , dari situ , korunk boleh dapat kan IMAGE URL korunk :)

Cara Nak Ambil Image URL dekat Photobucket


1. Search pic yang korunk nak oke?

2.Click kat pic yang korunk nak tuh .

3.Then , sebelah kanan , ada kotak macam kat bawah ney ha :)
4. Korunk Copy la link yang Lyssa buadkan kotak tuh auh ?

5. So , itu lah , image URL ;)

Cara nak Ambil URL dekat Glitter-Graphics

1. Korunk masuk >> SINI << dulu.
2. Korunk pilih ah ,pic mana yang korunk nak k .?
3.Dah pilih ,korunk tgk kat bhagian bwah k .? ada tak code mcm niyh .?


4. Kalau ada , korunk amik lah code URL dia , yang Sha buat kan kotak warna BIRU tuh ? ada kan .?
5. So, ini lah URL korunk !:)
6. Tapi, kalau klik kat citu , mesti dia automatik ,akan terCLICK smua ryte ? So , korunk p bukak NOTEPAD , then , paste kat situ dulu yaww ?(^^,)
7. Then , copy ler yang Lyssa buad kotak warna BIRU uh keyh? ;)

Have A Try ! (^^,)


Tutorial : Sidebar Title Background




assalammualaikum
 
1. Dashboard => Design => Edit HTML =>Tick Expand Widget Templates .
2. Tekan CTRL+F search for this code

h2 {
 3. Bila da jumpa , copy code kat bawah ni and paste dekat bawah code h2 {

background:url(Url gambar)
4. lepas tu paste dekat bawah code ni text-transform:uppercase;
nanti dia akan jadi macam ni .
 
h2{text-align:center; 
margin:0 0 1em 0;  
font:$(widget.title.font); 
color:$(widget.title.text.color);  
text-transform:uppercase; 
background:url('URL gambar')}
* preview dulu . kalau jadi, save ok .(^^,)

Tutorial : Post Title Background

Salam , 
Hari ini ,Sha nak ajar korunk buad "Background Post Title
  1. Log in --> Design --> Edit Html
  2. (Tekan Ctrl+F) Search .post h3 { kalau tak de , cari ini  h3.post-title {
  3. Kalau tak jadi kod dua2 yg kat atas niyh... korang boleh paste kod di bawah ini kat bawah h4 }
  4.  Copy and paste code ni di bawah .post h3 { ataupun dibawah h4 }
border:0px dashed #cc99cc;

    text-align: center;

    margin:.5em 0 .5em;

    padding:0 0 4px;

    font-size:140%;

    font-weight:normal;

    line-height:1.2em;

    background:url(URL BACKGROUND);

    color:$titlecolor;

    }

 5. Bagi sesiapa yang mencari kod ini >>  h3.post-title {

Korang paste kod ini di bawah kod yang korang carikan tu ok ?:)
 
 
 border: 3px solid #C0C0C0;
background: url(URL BACKGROUND);

  • Yang Sha tulis tulisan warna merah tu en , korunk gantikan dengan URL background yang korang suka.
6. Preview dulu . !
7. Then,Save template! :)
 




Cerita Sedih




cerita sedih---!! -Susu Terakhir buat si kecil- Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah. ... Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Watak – Watak Pengguna Di Facebook

Assalamualaikum

1. MODEL ↓ Tukar gambar setiap hari
2. PENJENAYAH ↓ Tukar nama setiap hari…
3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS ↓ Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kwn² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T -> Jimat)
4. WARTAWAN ↓ suka menyebarkan pesanan, walaupun ta...k penting !
5. PENGGANAS ↓ Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
6. BINTANG FILEM ↓ Suka update status setiap 5 minit
7. BINGUNG ↓ Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’
8. PERASAN HEBAT ↓ Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==”
9. BUDAK HINGUSAN ↓ Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?
10. SHOWOFF ↓ Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. P/s- macam-macam watak ada.. korang watak yang mane??

kalau-Allah-itu-maha-baik-kenapa-ciptakan-neraka

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…"

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "